Ini adalah pas kerja seorang kawan rapat yang bekerja sepenuh hati setiap kali ada Pilihan Raya kecik atau besar di Malaysia. Beliau adalah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang akan berehat di Ampang Putri setiap kali selepas musim Pilihan Raya.Sewaktu musim Pilihan Raya beliau meninggalkan anak-anak dan Isteri untuk bersama dengan kawan-kawan memperjuangkan dan memastikan kemenangan UMNO melalui aktiviti Pemuda didalam berkempen. Ayahandanya merupakan bekas Wakil Rakyat Bagan Datoh yang kini aktif sebagai Veteran UMNO.
Ada beberapa kali aku mengikut beliau semasa beliau aktif berkempen, juga selalu mengunjungi beliau dipejabatnya ditingkat 28 Menara Dato' Onn. Aku dapat merasakan bahawa beliau berjuang dengan ikhlas dan sentiasa taat dengan Ketua-Ketuanya. Tanpa mengira masa dan keadaan beliau akan memenuhi setiap tanggung jawab yang diberikan. Kadang-kadang nampak tak sesuai dengan kelulusan dari Amerika yang ada padanya. Setiap kerja buruh kasar yang dilakukan selesai dengan jayanya tanpa mengira statusnya.
Ketika UMNO sedang dilanda tengkujuh sekarang ini, aku sentiasa mendapat sms darinya mengenai apa saja usaha-usaha baik pulih yang sedang berjalan. Walau pun aku bukan orang besar dalam mana-mana parti politik tapi aku dapat merasakan beliau menjadikan sesiapa sahaja sebagai rakan perjuangan Melayu kerana sayangnya beliau kepada UMNO.
Aku sayang kepada Melayu ini, bernama Shahrul Zaman Datuk Yahya, yang sayangkan Melayu lain, berjuang tanpa ada kehendak tersembunyi dan tidak mahu mengambil kesempatan dari keadaan. Ini juga adalah sejenis ahli yang diperlukan untuk setiap pertubuhan selain dari Tun. Perbezaannya ialah keikhlasan bekerja yang ada pada Shahrul mengikut arahan Ketua dan keikhlasan Tun kepada Parti berdasarkan pengalaman, firasat dan tindakan melalui siasah yang terkadang mendatangkan kesusahan kepada ahli seperti Shahrul.

Adakalanya kebenaran berbeza mengikut keadaan. Namun begitu kebenaran yang sebenar ialah keikhlasan dengan pengetahuan yang dijalankan mengikut nawaitu yang hanya kerana Allah, zat kita bermula dan kembali. Setiap Melayu percaya dengan Tauhid yang menyebut "hidup dan matiku hanyalah kerana Allah".
Semoga Melayu seperti Shahrul akan menemui erti Munafaat dalam pekerjaan. InsyaAllah.